Sunday, 20 April 2014

Ringkaskan Majlis Perkahwinan

Ringkaskan majlis perkahwinan~~~



Nak ikut adat?
Nak ikut style?
Nak ikut arus pembangunan?

Ketepikan perkara yang tidak wajib. Contoh???
-Bersanding
-Berinai
-Berzanji
-Marhaban
-Kompang
-Karoake

Bersanding~~~Tidak perlu berlebihan. Cukup sekadar untuk bergambar kenang-kenangan. Tak perlu nak renjis2 itu ini. Tiada dalam ajaran Islam semua itu. Lebih baik, tempah satu pelamin. Duduklah untuk sekadar bergambar sesama ahli keluarga.


Berinai~~~Ada beza. Berinai dan majlis berinai. Berinai itu selalu orang buat sendiri2 atau ahli keluarga yang buatkan. Rasanya xdelah kos sangat. Tapi majlis berinai ni lain pula. Macam majlis bertunang dah. X perlu ok!!!


Berzanji dan marhaban~~~Bukan nak kata berzanji/marhaban itu tidak elok. Ia bukan wajib. Tapi bagus sebab kita agung2 kan Rasulullah dalam alunan zanji itu. Cuma ada ketika kita kena fikir tentang kos. Jimatkan kos perkahwinan daripada mengalir keluar ke tempat yang bukan terpenting. Nak kena bayar juga kepada mereka yang berzanji/marhaban itu. Di bawah nanti saya akan jelaskan kenapa perlunya jimatkan kos perkahwinan~~~


Kompang dan karoake~~~Maaf. Bagi saya ia tidak perlu. Carilah keredhaan dalam majlis perkahwinan dan bukannya keseronokan!!!



Mengapa perlunya berjimat dalam majlis perkahwinan???

Sebab :-


- Kita dan pasangan bukan nak hidup sehari dua. Tapi hingga hujung nyawa. Insyaallah. So, banyak duit yang kita perlukan.
- Lepas kahwin~~~Kita nak bayar kereta, bayar rumah, keperluan rumah, keperluan isteri, keperluan bakal anak2, dan lain-lain
-Agama Islam titik beratkan kesederhanaan. Allah tidak suka sesuatu yang berlebih-lebihan


Cuba tengok situasi orang yang baru kahwin~~~Bayangkan:-

Hantaran sekarang paling rendah : RM 10,000



Fikirkan~~~Itu hanya hantaran. Belum masuk lagi barang hantaran, cincin, kenduri, pelamin, baju pengantin, jurufoto, duit minyak, tol, dan lain-lain.



Paling-paling rendah kena ada dalam tangan bagi seorang lelaki RM 25, 000. Kalau tak percaya, sila kira detail. Hihihi~~~


PENUTUP

Kerana itulah...Jimatkan kos perkahwinan. Kalau pasangan fikirkan tentang masa hadapan, kehidupan selepas nikah, maka jimatkanlah. 

Bagi keluarga yang mampu, jangan terlalu difikirkan tentang kemampuan itu. Rezeki kita Allah yang bagi. Allah tidak suka sesuatu yang membazir. Ingat ya. Kalau dia tidak tarik rezeki kita, mungkin dia tarik rezeki anak-anak kita. Jadi, carilah redha dia...

Tentang adat~~~Ya orang melayu penuh dengan adat. Tapi kita Islam. Kita nak ikut kehidupan yang digariskan dalam ajaran Islam. 

Bersederhanalah~~~

Mencari yang ringkas~~~
1148PM
200414




Friday, 11 April 2014

Sedih Itu Senyum

Pepatah ada menyebut, 'Dunia ini tidak cukup ruang untuk menampung air mata orang yang bersedih'. 

Bunyinya sangat tidak logik. Bagaimana mungkin air mata orang yang bersedih boleh melimpah keluar sehingga tidak mampu ditampung oleh dunia. Tapi hakikatnya itulah. Dunia ini seboleh-bolehnya mahu diwarnai dengan senyum tawa sahaja. Janganlah penuhi ia dengan air mata. Janganlah limpahi ia dengan kesedihan yang tidak pernah berpenghujung. 

Sedih itu senyum. Itulah terapi terbaik. Senyumlah bilamana kamu bersedih. Janganlah rugikan diri dengan sebuah kesedihan. Kata orang, hidup ini hanya sekali. Walaupun ia sementara, usahlah hiasi ia dengan sebuah kekecewaan. 


Bila sedih, pujuklah hati. Tenangkan diri. 

Sedih itu ujian, kalau difahami~~~
Sedih itu terapi, kalau pandai mengawalnya~~~
Sedih juga bala, kalau lupa pada Dia~~~

Jika tuhan tidak pernah beri kesedihan, mungkin Dia tidak sayang kita. 
Jika tuhan tidak uji kita, mungkin kita lupa pada Dia.

Muhasabahlah diri dalam sebuah kesedihan, mana tahu kau jumpa sebuah ketenangan. 
Fikirkanlah yang terbaik bila kamu diuji, mana tahu kamu mampu buat sebuah keputusan.
Carilah kegembiraan di sebalik kesedihan yang mendatang. 


Apapun, jangan lupa satu perkara. Tempat paling mudah mencari ketenangan ialah di hadapan Dia. Berdoa dan terus berdoa. Bukan sekadar ketenangan, malahan mungkin sebuah keredhaan yang kau akan miliki~~~


1021PM
110414

Monday, 7 April 2014

DIAM SEORANG LELAKI

Diam seorang lelaki banyak  maksudnya. Ada ketikanya diam itu kerana marah. Ada lelaki tidak suka mempamerkan kemarahan beliau melalui perkataan mahupun perbuatan. Lalu mendiamkan diri adalah yang terbaik baginya. Bagi beliau, diam itu satu terapi. Terapi untuk hilangkan kemarahan. Terapi untuk kawal rasa marah yang sedang membuak-buak. Seorang suami kalau kita perhatikan lebih banyak mendiamkan diri ketika marah. Sebenarnya itu lebih bagus. Kerana seorang suami perlu lebih banyak bersabar daripada melayan perasaan marah yang wujud.



Diam seorang lelaki juga kekadang berfikir. Seorang lelaki, apabila ada sesuatu yang mengganggu fikiran dia atau ada sesuatu yang perlu dia buat keputusan yang berat, mendiamkan diri buat seketika adalah yang terbaik. Dalam diam itu ada fikirnya. Dalam diam itu dia analisis setiap yang baik dan buruk terhadap keputusan yang bakal dia ambil. Jadi, kalau kita inginkan sesuatu jawapan dari lelaki, tetapi lelaki itu diam, jangan terus 'judge' dia dengan sesuatu yang salah. Beri dia masa untuk berfikir.



Diam seorang lelaki ada kalanya dia tidak suka. Perkara ini boleh dilihat dalam sikap seorang bapa. Bila ada sesuatu yang tidak sesuai di mata dia yang dibuat oleh anak-anak atau isteri, ada kalanya dia diamkan diri. Jangan salah anggap yang mendiamkan diri itu dia tidak mahu mengambil apa-apa tindakan. Sebenarnya dia cuba untuk elakkan berlakunya suatu pergaduhan besar selagi mana perkara yang dilakukan itu masih boleh dimaafkan.




Diam seorang lelaki juga adalah untuk memberi peluang. Seorang lelaki, apabila dia menerima seseorang dalam hidupnya, dia akan cuba memberi peluang kepada wanita itu. Ada ketikanya wanita itu lakukan sesuatu yang salah di mata dia, tapi dia masih mendiamkan diri. Itu bermaksud dia sedang memberi peluang. Tapi jangan berkali-kali lakukan, kelak nanti peluang itu sudah tiada.



Diam seorang lelaki ada kalanya sedang merancang sesuatu. Seorang lelaki tidak suka orang lain masuk campur terhadap perancangannya. Tapi bagi saya ini tidak baik sebenarnya. Nanti berlaku konflik terutama apabila sudah berumah tangga. Sesuatu rancangan itu perlu dibincangkan bersama isteri. Tetapi, bagi seorang lelaki bujang, mendiamkan diri ketika sedang merancang sesuatu adalah lebih baik. Ini kerana perancangan itu tidak diganggu oleh anasir-anasir luar yang tidak sepatutnya. 



Jangan tafsirkan diam seorang lelaki itu tidak memahami
Jangan anggap diam seorang lelaki itu tidak menghargai
Jangan fikirkan diam seorang lelaki itu tidak mengambil tahu

Ada ketika, diam itu perlu kalau itu yang lebih baik
Tapi ada ketikanya,jangan pula tersalah diam pada sesuatu yang perlu dituturkan...

1132PM 
070414

Monday, 31 March 2014

CERITA CINTA DAN JODOH ITU


Kita seringkali diuji dengan masalah cinta dan ketidaktentuan jodoh. Pilihan hati seringkali mengelirukan akal dan fikiran. Apakah yang terbaik untuk kita? Bagaimanakah perjalanan cinta dan jodoh yang terbaik yang harus kita lalui? Mari selusuri jalan cerita cinta dan jodoh yang saya titipkan ini...




Tidak perlu mengejar cinta tapi kejarlah perkahwinan
Mengapa saya kata kita tidak perlu mengejar cinta? Sebab jodoh itu sudah sedia tertulis. Untuk apa kita mencari cinta? Kejar orang itu. Kejar orang ini. Mengharapkan orang itu. Mengharapkan orang ini. Apa yang terbaik kejarlah sebuah perkahwinan!!!



Bagaimana mengejar sebuah perkahwinan?

Berikut saya bagi satu guide untuk sama-sama kita lakukan:-

1-Persiapkan diri dulu. Kukuhkan kewangan, persiapkan diri dengan ilmu agama, pastikan diri sudah yakin dan boleh memegang tanggungjawab.

2-Jika rasa betul2 sudah bersedia, barulah anda memilih pasangan. Bagaimanakah caranya? Minta bantuan rakan-rakan untuk carikan jodoh, bantuan keluarga, bantuan saudara atau pun seseorang yang telah anda rasakan dia terbaik untuk anda. Dalam masa yang sama, istikharahlah. Supaya anda nampak dan jumpa pilihan yang tepat.

3-Jika anda betul2 yakin dialah orangnya, luahkan isi hati anda. Bukan luah untuk ajak dia bercinta. Tapi luah untuk melamar dia. Pasti dia terkejut bukan? Jangan bimbang. Luahkan. Beritahu yang anda benar2 serius. Minta dia fikirkan. Minta dia bincangkan dengn famili. 

4-Jika dia setuju, bertunanglah seketika. Waktu pertunangan adalah waktu terbaik untuk anda dan dia saling mengenali. Jika proses pertunangan itu terhenti tiba2, jangan khuatir. Ingat!!! Jodoh kita tidak pernah tahu. Jangan kecewa!!! Mungkin bukan dia. Jika dia tidak bersetuju, tidak mengapa. Mungkin bukan dia, ataupun sememangnya dia tapi Allah tangguh seketika.




Lalu timbul soalan, tidak berisikokah buat cara begitu? Berikut soalan2 yang orang akan tanya:-

1-Bagaimana dia nak terima kalau tidak pernah kenal lama?

Ingat sahabat. Jangan takut. Kalau itulah jodoh, dia pasti akan terima. Kalau dia tidak terima, pujuk hati. Katakan mungkin bukan dia jodoh kita. Pilihan kita silap. Atau mungkin dia belum bersedia. Perancangan Allah kita tidak tahu.

2-Bila proses perkenalan? Takkan terus2 kahwin?

Pertunangan adalah proses terbaik untuk mengenali. Walaupun ia singkat, itulah yang terbaik. Allah tidak suka perhubungan antara dua wanita tanpa ada ikatan sah. Kerana itulah, kita perlu singkatkan perkenalan itu. Ingat!!! Perkenalan itu sekadar untuk kita mengenali dia. Bukan untuk memiliki dia lagi. Perkenalan dalam alam pertunangan selalunya lebih berfokus. Bukan main2 lagi.

3-Kalau rasa tidak serasi macam mana?

Sahabat~~~Sabar. Banyakkan berdoa. Minta Allah bantu. Kita nak buat benda baik. Mungkin itu ujian. Allah tahu perancangannya. Kita sedang menuju untuk lakukan perkara yang baik. Jangan cepat melatah mengatakan kita dan dia tidak serasi. Jodoh itu Allah dah pilih. Serasi atau tidak, dia tetap jodoh kita. Jangan terlalu fikirkan keserasian itu. Jangan!!! Seandainya betul2 gagal, terimalah. Hati kita kena kuat. Namun saya yakin, kalau kita buat perkara baik, Dia akan bantu. Mohonlah pada Dia.





Siapakah orang yang harus kita pilih?
Sahabat...Pilihlah dengan pilihan istikharah. Namun yang pasti, selepas istikharah tidak semestinya Allah zahirkan betul2 petunjuknya. Banyakkan berdoa. Kalaulah pilihan kita itu terima kita, famili dia terima kita dan segala urusan berjalan baik, itu juga satu petunjuk. Jangan tunggu mimpi jumpa dia baru nak anggap dia jodoh kita!!! Tenunglah hati. Mohonlah betul2 pada dia.



Perlukah mencari yang terbaik untuk diri?
Pernah tak kita nak beli baju. Banyak sangat pilihan. Kita dah jumpa satu pilihan. Tapi rasa pilihan itu tidak cukup cantik. Lalu kita cari lagi. Sampai penghujungnya kita tidak ketemui baju yang betul2 menjadi pilihan kita. Akhirnya, kita kembali ke tempat asal tadi. Kita beli baju yang pilihan pertama tadi. Bila balik rumah, eh... cantik pula baju ni. Sesuai pula 2 dengan kita. Semua orang puji kata cantik. Kesimpulannya, kesempurnaan itu belum tentu milik kita. Tapi ingat, kadang-kadang kekurangan itu tidak semestinya tidak baik untuk kita. Berhenti mencari yang sempurna mahupun yg terbaik.  



Mengapa cara sebegini yang perlu kita lakukan? Mengapa tidak perlunya cinta dulu. Sekejap pun jadilah. Sekurang-kurangnya hati kita yakin dengan pilihan kita. 
Hati kamu yakin dengan cinta kamu, adakah kamu yakin itu jodoh kamu??? Inilah perkara yg saya nak kita fikirkan. Letakkan jodoh itu di atas. Fikirkan jodoh itu bukan cinta ini. Fikirkan dia bakal suami/isteri bukan ini si mak we dan pak we. Kerana itulah kita kena lakukan cara sebegini. Percintaan itu tidak perlu. Hentikan. Allah tidak suka. Cukuplah kita habiskan masa untuk sesuatu yg tidak pasti. Hentikan cinta. Tapi siapkan diri barulah kita lamar sebuah perkahwinan. 


Sebuah perkongsian. Semoga bermanfaat...