Friday, 11 April 2014

Sedih Itu Senyum

Pepatah ada menyebut, 'Dunia ini tidak cukup ruang untuk menampung air mata orang yang bersedih'. 

Bunyinya sangat tidak logik. Bagaimana mungkin air mata orang yang bersedih boleh melimpah keluar sehingga tidak mampu ditampung oleh dunia. Tapi hakikatnya itulah. Dunia ini seboleh-bolehnya mahu diwarnai dengan senyum tawa sahaja. Janganlah penuhi ia dengan air mata. Janganlah limpahi ia dengan kesedihan yang tidak pernah berpenghujung. 

Sedih itu senyum. Itulah terapi terbaik. Senyumlah bilamana kamu bersedih. Janganlah rugikan diri dengan sebuah kesedihan. Kata orang, hidup ini hanya sekali. Walaupun ia sementara, usahlah hiasi ia dengan sebuah kekecewaan. 


Bila sedih, pujuklah hati. Tenangkan diri. 

Sedih itu ujian, kalau difahami~~~
Sedih itu terapi, kalau pandai mengawalnya~~~
Sedih juga bala, kalau lupa pada Dia~~~

Jika tuhan tidak pernah beri kesedihan, mungkin Dia tidak sayang kita. 
Jika tuhan tidak uji kita, mungkin kita lupa pada Dia.

Muhasabahlah diri dalam sebuah kesedihan, mana tahu kau jumpa sebuah ketenangan. 
Fikirkanlah yang terbaik bila kamu diuji, mana tahu kamu mampu buat sebuah keputusan.
Carilah kegembiraan di sebalik kesedihan yang mendatang. 


Apapun, jangan lupa satu perkara. Tempat paling mudah mencari ketenangan ialah di hadapan Dia. Berdoa dan terus berdoa. Bukan sekadar ketenangan, malahan mungkin sebuah keredhaan yang kau akan miliki~~~


1021PM
110414

No comments:

Post a Comment