Sunday, 20 April 2014

Ringkaskan Majlis Perkahwinan

Ringkaskan majlis perkahwinan~~~



Nak ikut adat?
Nak ikut style?
Nak ikut arus pembangunan?

Ketepikan perkara yang tidak wajib. Contoh???
-Bersanding
-Berinai
-Berzanji
-Marhaban
-Kompang
-Karoake

Bersanding~~~Tidak perlu berlebihan. Cukup sekadar untuk bergambar kenang-kenangan. Tak perlu nak renjis2 itu ini. Tiada dalam ajaran Islam semua itu. Lebih baik, tempah satu pelamin. Duduklah untuk sekadar bergambar sesama ahli keluarga.


Berinai~~~Ada beza. Berinai dan majlis berinai. Berinai itu selalu orang buat sendiri2 atau ahli keluarga yang buatkan. Rasanya xdelah kos sangat. Tapi majlis berinai ni lain pula. Macam majlis bertunang dah. X perlu ok!!!


Berzanji dan marhaban~~~Bukan nak kata berzanji/marhaban itu tidak elok. Ia bukan wajib. Tapi bagus sebab kita agung2 kan Rasulullah dalam alunan zanji itu. Cuma ada ketika kita kena fikir tentang kos. Jimatkan kos perkahwinan daripada mengalir keluar ke tempat yang bukan terpenting. Nak kena bayar juga kepada mereka yang berzanji/marhaban itu. Di bawah nanti saya akan jelaskan kenapa perlunya jimatkan kos perkahwinan~~~


Kompang dan karoake~~~Maaf. Bagi saya ia tidak perlu. Carilah keredhaan dalam majlis perkahwinan dan bukannya keseronokan!!!



Mengapa perlunya berjimat dalam majlis perkahwinan???

Sebab :-


- Kita dan pasangan bukan nak hidup sehari dua. Tapi hingga hujung nyawa. Insyaallah. So, banyak duit yang kita perlukan.
- Lepas kahwin~~~Kita nak bayar kereta, bayar rumah, keperluan rumah, keperluan isteri, keperluan bakal anak2, dan lain-lain
-Agama Islam titik beratkan kesederhanaan. Allah tidak suka sesuatu yang berlebih-lebihan


Cuba tengok situasi orang yang baru kahwin~~~Bayangkan:-

Hantaran sekarang paling rendah : RM 10,000



Fikirkan~~~Itu hanya hantaran. Belum masuk lagi barang hantaran, cincin, kenduri, pelamin, baju pengantin, jurufoto, duit minyak, tol, dan lain-lain.



Paling-paling rendah kena ada dalam tangan bagi seorang lelaki RM 25, 000. Kalau tak percaya, sila kira detail. Hihihi~~~


PENUTUP

Kerana itulah...Jimatkan kos perkahwinan. Kalau pasangan fikirkan tentang masa hadapan, kehidupan selepas nikah, maka jimatkanlah. 

Bagi keluarga yang mampu, jangan terlalu difikirkan tentang kemampuan itu. Rezeki kita Allah yang bagi. Allah tidak suka sesuatu yang membazir. Ingat ya. Kalau dia tidak tarik rezeki kita, mungkin dia tarik rezeki anak-anak kita. Jadi, carilah redha dia...

Tentang adat~~~Ya orang melayu penuh dengan adat. Tapi kita Islam. Kita nak ikut kehidupan yang digariskan dalam ajaran Islam. 

Bersederhanalah~~~

Mencari yang ringkas~~~
1148PM
200414




Friday, 11 April 2014

Sedih Itu Senyum

Pepatah ada menyebut, 'Dunia ini tidak cukup ruang untuk menampung air mata orang yang bersedih'. 

Bunyinya sangat tidak logik. Bagaimana mungkin air mata orang yang bersedih boleh melimpah keluar sehingga tidak mampu ditampung oleh dunia. Tapi hakikatnya itulah. Dunia ini seboleh-bolehnya mahu diwarnai dengan senyum tawa sahaja. Janganlah penuhi ia dengan air mata. Janganlah limpahi ia dengan kesedihan yang tidak pernah berpenghujung. 

Sedih itu senyum. Itulah terapi terbaik. Senyumlah bilamana kamu bersedih. Janganlah rugikan diri dengan sebuah kesedihan. Kata orang, hidup ini hanya sekali. Walaupun ia sementara, usahlah hiasi ia dengan sebuah kekecewaan. 


Bila sedih, pujuklah hati. Tenangkan diri. 

Sedih itu ujian, kalau difahami~~~
Sedih itu terapi, kalau pandai mengawalnya~~~
Sedih juga bala, kalau lupa pada Dia~~~

Jika tuhan tidak pernah beri kesedihan, mungkin Dia tidak sayang kita. 
Jika tuhan tidak uji kita, mungkin kita lupa pada Dia.

Muhasabahlah diri dalam sebuah kesedihan, mana tahu kau jumpa sebuah ketenangan. 
Fikirkanlah yang terbaik bila kamu diuji, mana tahu kamu mampu buat sebuah keputusan.
Carilah kegembiraan di sebalik kesedihan yang mendatang. 


Apapun, jangan lupa satu perkara. Tempat paling mudah mencari ketenangan ialah di hadapan Dia. Berdoa dan terus berdoa. Bukan sekadar ketenangan, malahan mungkin sebuah keredhaan yang kau akan miliki~~~


1021PM
110414

Monday, 7 April 2014

DIAM SEORANG LELAKI

Diam seorang lelaki banyak  maksudnya. Ada ketikanya diam itu kerana marah. Ada lelaki tidak suka mempamerkan kemarahan beliau melalui perkataan mahupun perbuatan. Lalu mendiamkan diri adalah yang terbaik baginya. Bagi beliau, diam itu satu terapi. Terapi untuk hilangkan kemarahan. Terapi untuk kawal rasa marah yang sedang membuak-buak. Seorang suami kalau kita perhatikan lebih banyak mendiamkan diri ketika marah. Sebenarnya itu lebih bagus. Kerana seorang suami perlu lebih banyak bersabar daripada melayan perasaan marah yang wujud.



Diam seorang lelaki juga kekadang berfikir. Seorang lelaki, apabila ada sesuatu yang mengganggu fikiran dia atau ada sesuatu yang perlu dia buat keputusan yang berat, mendiamkan diri buat seketika adalah yang terbaik. Dalam diam itu ada fikirnya. Dalam diam itu dia analisis setiap yang baik dan buruk terhadap keputusan yang bakal dia ambil. Jadi, kalau kita inginkan sesuatu jawapan dari lelaki, tetapi lelaki itu diam, jangan terus 'judge' dia dengan sesuatu yang salah. Beri dia masa untuk berfikir.



Diam seorang lelaki ada kalanya dia tidak suka. Perkara ini boleh dilihat dalam sikap seorang bapa. Bila ada sesuatu yang tidak sesuai di mata dia yang dibuat oleh anak-anak atau isteri, ada kalanya dia diamkan diri. Jangan salah anggap yang mendiamkan diri itu dia tidak mahu mengambil apa-apa tindakan. Sebenarnya dia cuba untuk elakkan berlakunya suatu pergaduhan besar selagi mana perkara yang dilakukan itu masih boleh dimaafkan.




Diam seorang lelaki juga adalah untuk memberi peluang. Seorang lelaki, apabila dia menerima seseorang dalam hidupnya, dia akan cuba memberi peluang kepada wanita itu. Ada ketikanya wanita itu lakukan sesuatu yang salah di mata dia, tapi dia masih mendiamkan diri. Itu bermaksud dia sedang memberi peluang. Tapi jangan berkali-kali lakukan, kelak nanti peluang itu sudah tiada.



Diam seorang lelaki ada kalanya sedang merancang sesuatu. Seorang lelaki tidak suka orang lain masuk campur terhadap perancangannya. Tapi bagi saya ini tidak baik sebenarnya. Nanti berlaku konflik terutama apabila sudah berumah tangga. Sesuatu rancangan itu perlu dibincangkan bersama isteri. Tetapi, bagi seorang lelaki bujang, mendiamkan diri ketika sedang merancang sesuatu adalah lebih baik. Ini kerana perancangan itu tidak diganggu oleh anasir-anasir luar yang tidak sepatutnya. 



Jangan tafsirkan diam seorang lelaki itu tidak memahami
Jangan anggap diam seorang lelaki itu tidak menghargai
Jangan fikirkan diam seorang lelaki itu tidak mengambil tahu

Ada ketika, diam itu perlu kalau itu yang lebih baik
Tapi ada ketikanya,jangan pula tersalah diam pada sesuatu yang perlu dituturkan...

1132PM 
070414